Tuesday, December 13, 2011

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu. Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata tugas digunakan sebelum kata nama dan frasa nama. Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Lihat contoh-contoh di bawah :

Kata Sendi Nama
Tugas / contoh
di
 ~ Menunjukkan tempat (di pejabat)
ke
 ~ Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
 ~ Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dari
 ~ Menunjukkan tempat atu arah datang
 ~ Menunjukkan waktu atau masa
kepada
 ~ Menunjukkan sasaran/ditujukan
 ~ Menunjukkan bahagian sesuatu
 ~ Menunjukkan perubahan keadaan
daripada
 ~ Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)  
 ~ Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
 ~ Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
pada
 ~ Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
 ~ Menunjukkan tempat-tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
 ~ Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untuk
 ~ Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
 ~ Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagi
 ~ Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
 ~ Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demi
 ~ Menunjukkan tujuan
 ~ Menunjukkan urutan
 ~ Untuk menegaskan sesuatu
tentang
 ~ Menunjukkan rujukan
dengan
 ~ Menunjukkan turut serta
 ~ Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
 ~ Menunjukkan benda yang digunakan
 ~ Menunjukkan persamaan
sejak, semenjak
 ~ Menjadi penanda waktu atau masa
terhadap
 ~ Menunjukkan rujukan yang tentu
oleh
 ~ Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif
 ~ Menunjukkan sebab
akan
 ~ Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai
 ~ Menunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
 ~ Menunjukkan perbandingan

Monday, December 5, 2011

Permainan Tradisional

1. Congkak

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.


2. Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.


3. Galah Panjang


Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.


4. Wau

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.


5. Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Wednesday, November 30, 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan.
saya
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi.
hamba
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
patik
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
 Kata ganti nama diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.

Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
awak
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
tuanku
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
kalian
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga 
Kata ganti nama diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda
digunakan untuk raja dan sultan.
beliau
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
dia dan ia
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.


**Ringkasan :

Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka